Pelan laluan layout kabel
rangkaian
Pengurusan pengkabelan rangkaian sangat penting
kepada penyelia rangkaian kerana ia mungkin akan mendatangkan masalah semasa
proses penyelenggaraan rangkaian. Di dalam pemasangan rangkaian anda perlu
pastikan ianya berada di dalam keadaan kemas dan teratur di mana ianya mudah
dicapai dan diselenggara.
Pengurusan
penstrukturan rangkaian adalah berdasarkan rekabentuk hieraki yang dibahagikan kepada 6 sub-sistem iaitu :
- Building Entrance / Entrance Facilities
Titik dimana pemasangan kabel dalaman bermula (internal cabling). Ianya memisahkan antara LAN daripada WAN.
Direkabentuk dimana “Telecommunication Service Carrier” (sama ada syarikat
telefon tempatan atau sebaliknya) menerima pemasangan kabel luaran (external
cabling). Keperluan fizikal antarmuka rangkaian didefinisi dalam Piawaian
EIA/TIA-569.
- Equipment Room Lokasi perkakasan rangkaian yang penting seperti serverdan main frame host.Pemasangan kabel bagi Equipment room menyambungkan telecomunication closet.Di institut atau sesebuah organisasi, setiap bangunan mungkin mempunyai equipment room sendiri.Equipment room biasanya mempunyai perkakasan yang lebih rumit berbanding telecommunications closet. Kesemua atau sebarang fungsi telecommunications closet mungkin disediakan oleh equipment room. Bilik ini perlukan ruang kosong yang dikhaskan supaya ianya dapat diubah mengikut keperluan peralatan yang akan digunakan. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan keluasan ruang yang diperlukan mengikut jumlah workstation.
Jumlah
workstation
|
Keluasan
(kaki persegi)
|
1-100
|
150
|
101-400
|
400
|
401-800
|
800
|
801-1200
|
1200
|
- Backbone Cabling Ianya adalah merupakan tulang belakang sesebuah rangkaian menyediakan penyambungan antara telecomunication closet, equipment room dan entrance facilities. Pada campus-wide network, ia mengandungi bukan sahaja vertical connector diantara lantai, atau riser dan pendawaian antara equipment room tetapi juga pendawaian antara bangunan.Piawaian EIA/TIA 569 telah merekabentuk had jarak bagi pendawaian backbone bergantung kepada jenis kabel yang digunakan. Bagi rangkaian moden, ia mengandungi kabel fiber optik atau kabel UTP. Cross-connect adalah pusat titik penyambungan bagi pendawaian backbone.
- Telecommunication ClosetSebuah telecommunication room yang mengandungi penyambungan kumpulan workstation di dalam kawasannya, ditambah dengan cross connection ke equipment room.Telecommunication closet biasanya mengandungi patch panel, punch-down block, hub atau switch dan perkakasan yang lain. Punch-down block adalah panel penerima data di mana horizontal cabling daripada dimasukkan.Patch panel adalah wall-mounted panel bagi penerima data di mana patch cable dari punch-down dimasukkan. Disebabkan telecommunications closet biasanya kecil, tertutup, penyejukan dan sistem pengudaraan yang baik adalah sangat penting untuk memastikan kesesuaian suhu di dalam telcommunication room.
- Horizontal CablingMenyambungkan workstation ke telecommunications closet. TIA/EIA mengiktiraf 3 jenis kabel yang digunakan iaitu :
- 4-pair, 100-ohm UTP cable (24 AWG solid conductors)
- 2-pair, 150-ohm STP cables
- 2-fiber, 62.5/125-µm optical cable Jarak maksimum yang dibenarkan adalah 100m. Ia termasuk 90m untuk menyambungkan data jack pada dinding ke telecommunications closet termasuklah 10m maksimum untuk menyambungkan workstation pada data jack di dinding
- Work AreaKawasan yang merangkumi kesemua patch cables dan pendawaian yang bersesuaian untuk menyambungkan workstations, printer, dan alatan rangkaian yang lain dari kad antaramuka (network interface card) ke telecommunications closet.Patch cableadalah merupakan short section (biasanya diantara 3 hingga 25 kaki panjang) kabel twisted pair dengan penyambung di kedua-dua hujung yang menghubungkan alatan rangkaian ke data outlets.TIA/EIA standard, setiap wall jack mempunyai sekurang-kurangnya satu voice dan satu data outlet.Terdapat juga wall jack yang hanya mempunyai data outlet sahaja.
No comments:
Post a Comment